Celoteh Cik Enon
Apa kena?
Monday 8 April 2013 @ 21:13 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum...hello, hoii..hoii...

Cik enon pening dengan hati dan jiwa cik enon nih. dalam kelas cik enon ada sorang mamat nih, muka boleh la. tapi cik enon tak ada la tangkap cintan dengan dia. tak hingin aku! cik enon bahasakan dia tu encik kepala besar. actually, cik enon pun tak paham kenapa dan mengapa cik enon kata kepala dia besar. sebab cik enon pernah tanya kat membot cik enon pasal saiz kepala dia. tapi membot cik enon kata, okeh ja. macam manusia normal yang lain. tapi... asyik tapi ja kan. bosan cik enon dibuatnya. but, bagi cik enon.. kepala dia tetap besar dari manusia normal yang lain. maybe, cik enon cakap macam tu sebab tahap kebencian cik enon kat dia memang maximum kot.muahahahahaha! *gelak jahat.

Nih, nak citer. cik enon sebenarnya tak tahu encik kepala besar nih suka sapa. kenapa pulak kan? kenapa pulak cik enon nak ambik tau kan? buang karan ja. bukan apa, cik enon peliks sebab suatu hari tu.. cik enon and da geng kena ukur badan nak buat blazer. sampai satu masa tu, membot-2 cik enon yang lain dah abeh ukur. tinggallah cik enon dengan sorang membot lagi. tetiba, encik kepala besar tu datang dengan memakai helmet. lagilah nampak saiz kepala dia yang besar tu. first tu encik kepala besar tu borak kejap dengan sorang budak lelaki kelas cik enon jugak. pastu, dia pandang ke arah cik enon and da gurls yang tengah tunggu turn nak ukur badan. lepas tu, dia datang balik tanpa helmet pulak. tapi time bila dia datang cik enon pun tak pasti sebab masa tu cik enon punya turn ukur.dah selesai semuanya, cik enon dengan membot cik enon pun berangkatlah nak ke cafe untuk melantak. sebabnya, niat nak melawat pasar malam terbantut. sebab tailor tu la!! masa tu cik enon tengah syiookk punya menyembang, tetiba cik enon TERperasan ada manusia kepala besar sedang menengok. cik enon pun tengok la balik, terus encik kepala besar senyum kat cik enon. sraapppp!! rasa darah naik ke kepala. bangang betol! tapi, setahu cik enon..mana ada lelaki yang mampu senyum kat cik enon, sebabnya, muka cik enon nih garang macam mak singa!

nih pulak citer untuk hari nih. cik enon tengah jalan dengan membot cik enon, cik enon pandang belakang. check mana la tao ada orang sebab cik enon nak menggila tengah jalan. biasa la pompuan keras macam kayu kena pakai kasut tumit tinggi. jalan pun dah macam jantan. tengah syiokk punya menggila. cik enon dengar satu suara kat belakang tapi cik enon buat tak tau je la. sebab cik enon memang malas nak ambik tau.hahahahaha! tapi, bila cik enon rasa nak alih belakang ja, zuppp!!! encik kepala besar la. tengah pandang cik enon. terus cik enon jalan laju sebab malu, takut jugak dia nampak kegilaan cik enon tadi.huhuhu

tapi, cik enon tak boleh tangkap cintan dengan encik kepala besar. kenapa dan mengapa ya? sebab.... membot cik enon suka dia. cik enon tak nak la mencaras orang yang membot sendiri suka. tapi, dalam kelas membot cik enon selalu cakap kat cik enon yang encik kepala besar tu selalu pandang arah geng cik enon. so, cik enon pun konfius. encik kepala besar nih sebenarnya suka sapa? hmmm... apa-2 je la, okeh la cik enon nak sambung baca novel yang tergendala tu. peace yoo!



manusia aneh.
Sunday 7 April 2013 @ 16:14 | 0 Comment [s]

Hello. Hye. Assalamualaikum.

Cik enon bukan nak mengata ke menyindir atau apa-2 yang bertentangan dengan niat cik enon sendiri. Cik enon just nak share la sikit. sebab cik enon rasa boleh gila kalau cik enon simpan sensorang macam nih. Korang ingat tak post cik enon yang sebelum nih, tajuk 'who?'... dalam tu cik enon citer pasal senior cik enon yang sent chat kat cik enon kan? dalam masa 3 kali chat cik enon dengan encik senior tu. cik enon boleh buat spekulasi bahawa dia nih tak berapa nak senta. nak sebab apa? sebab dia nih, dah ada 'tunang' but dalam masa yang sama boleh pulak chat-2 dengan cik enon. ada 1 lagi sebab, dia nih kadang-2 alim nak mampos. sampai kadang-2 tu cik enon rasa macam tengah berchatting dengan pak ustaz ja. tapi, kadang-2 tu dia macam mat romeo yang geli-2. kalau boleh time tu cik enon rasa nak saja inform kat 'tunang' dia. (macam la cik enon ada number 'tunang' dia.)

lepas tu, pagi tadi cik enon bertweet-2 dengan member cik enon pasal encik senior nih. member cik enon cakap, dia rasa macam nak remove je encik senior nih. geli kau! dah kelab islamik tu buat la cara bebudak kelab islamik. ini tak, macam bebudak kelab mat romeo dah cik enon tengok. member cik enon kata mybe dia nih terputus wayar and terlepas dari pagar sebelah (HBUK). member cik enon cakap lagi, tak payah layan sangat chat lelaki macam tu. masalah sikit dia tu.

tu la pasal, 1 lagi yang cik enon tak pueh hati dengan encik senior. dia nih dah macam buat cik enon nih 'bini' or 'tunang' dia. apa kejadahnya! tak hingin cik enon. suka hati cik enon la nak letak picture profile cik enon gambar apa pun. suka hati mak bapak cik enon la nak private ke tak picture dalam folder photo pesbuk cik enon. dengan budak lelaki mana yang cik enon cakap dalam kelas pun, dia nak ambik tau. arghhhh!!! tak pernah cik enon rasa terkongkong macam nih sekali. boleh sakit jiwa kalau lama-2 macam nih! >.<

cik enon tak suka lelaki yang suka mengongkong hidup cik enon. masalahnya dia sapa dengan cik enon? bapak cik enon ke? TAK! abang cik enon ka? TAK MUNGKIN. suami cik enon kah? IMPOSSIBLE.
so, suka hati cik enon la nak buat apa pun. parents cik enon pun tak mengongkong sampai macam tu sekali. dia nak sibuk kenapa?Haishhhh!!! sabar je la... sabar ya jiwa. tenang. breath in wif love. breath out wif ANGER! okeh. peace yoo.

who?
Friday 5 April 2013 @ 00:21 | 0 Comment [s]

Okeh. Assalamualaikum.....
Malam nih cik enon nak update something yang langsung cik enon tak jangka. OMG! senior cik enon chat dengan cik enon.cik enon pun tak kenal dia siapa, nama tu cik enon tau la. (tapi terpaksa dirahsiakan untuk menjaga sensitiviti manusia sejagat) but, kenapa perlu ke cik enon?cik enon bukan budak hot kolej pun kan...? so what?!
Semalam dia start chat dengan cik enon. then, malam nih pun sama. sambil buat assignment pun sempat lagi kan?
whatever la encik senior. tapi, yang tak boleh blahnya, dia tu stok-2 alim doe. memang cannot go la.cik enon dah la tergolong dalam golongan gangsterism.. stok-2 kak yong la katakan. memang jauh bezanya tu.
hmmm.... daripada cik enon memeningkan kepala hotak nih, lebih baik cik enon menjalankan tugas sebagai manusia normal, TIDUR!
k cukup-2 la tu gosip mak jemah malam nih. bubye.peace yoo!


Wednesday 3 April 2013 @ 18:52 | 0 Comment [s]

Actually, i have nothing to do.. so, i think my blog so sleepy without my craziest story. Okeh! Stop it, hahaha... ingat Cik Enon tak pandai ke nak speaking semua tu? cik enon pun belajar english la kat sekolah dulu. Jangan nak pandang sebelah mata ja kat cik enon nih tao. ingat nama ja village sikit, tapi up to date you! Apa la cik enon korang nih merepek kan? sebenarnya, cik enon tak plan pun nak tulis apa. tengok la title pun tak ada. nampak sangat kan...? saja la nak menyemak dalam nih. lagipun, cik enon 'keboringan' dalam bilik sorang-2. roomate cik enon keluar makan dengan member kat tanjung. toiletmate cik enon pulak membuta ja kerjanya. arghhh!!! tinggallah cik enon kesepian kat sini. teringin nak bergosip mak jemah kat sini, tapi........ tak ada idea lagi la. ehhhhhh! kejap! tadi kan, cik enon bertentang mata dengan handsome boy dalam kelas cik enon. Ya Allah.... manisnya senyuman dia macam gula. silap hari bulan, boleh kena diabetes aku. tapi..... dia dah ada yang punya. melepas lagi aku. huhu T_T
tak apa la enon. ramai lagi lelaki kat luar sana. lagipun, kalau dah jodoh. biarla terpisah tujuh lautan pun, last-2 akan bertemu jugak. apa boleh buat selain berdoa je laa. okeh la, cik enon nak mandi dulu. bubye. peace yoo!!

meh dengor ini celita
Saturday 30 March 2013 @ 20:49 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.....tak jawab dosaa.... kalau jawab,sukaa cik enon la tuu..hahahhaa * tak da la, gurau je tu..sapa laa nak suka cik enon kan? tsk tsk tsk T_T

Okeh-2, meh sini kembali ke pangkal jalan yerr... berbalik kepada tajuk yang kat atas tuu, apa yang ada dalam benak fikiran korang yang paling dalam tu? cer share sikit.. heh??? tak ada apa-2????hmmmm =='

sebenarnya cik enon nak cerita pasal novel yang cik enon baru beli tadi kat POPULAR.  tajuk dia.... CINTA SAIZ XXL. cute kan tajuk dia? cik enon beli sebab tajuk dia laa.... cerita dalam dia pun cute jugak..sampai cik enon tersengih-2 macam selipar koyak dah. Roomate cik enon pun tengok pelikss jaa. Nsib baik dia tak tolong isikan borang daftar masuk HBUK. hahahahahhaha!!!!!! *opss, terlebih sudahhh. keluar ilmu aku. aduyaiiii....
tapi... kalau korang rasa curious sangat pasal jalan cerita dia yang cute tu, sila la beli sendiri yerr. ala tak mahal pun, murah ja RM19.

AWAS!!!! di ingatkan kpd yang masih student tu, sedor-2 la diri sendiri. jangan leka sangat membaca novel sampai terabai buku-2 ilmiah..yerrrr.. ingat pesana cik enon tu. peace yoo!


Getting started
@ 09:04 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum....

Cik Enon bukan nak bagi tips ke tutorial ke hapa kaa.... so, silap BESOR ler kalau korang semua ingat blog Cik Enon nih blog bagi tutorial....haxhaxhax....

Cik Enon nak 'membalut ketupat' ja pepagi nih....Cik enon tak paham laa dengan 'sekor' mamat dalam kelas cik enon, orang kalau dah nama manusia kan.. kalau kita mesej tapi orang tu tak reply, jumpak tengah jalan pun orang tu lari lintang pukang, konpom la orang tu hate gilaa kat kita. tapi cik enon tak paham dengan dia nih, tak putus asa pun nak kejor anak dara orang lagi...dah sah-sah gugurl tu tak suka.

Moralnya dalam short story cik enon kali nih, 'kalau orang tak suka,jangan pulak kita terhegeh-hegeh!'

Cik enon harap sangat-2 jangan la adik-2 cik enon buat macam tu yerr....peace yoo!



Hye. Selamat Datang ke Blog 'cute' ni.Buat macam 'rumah sendiri' yerr REMEMBER FOLLOW MY BLOG! . Thanks for visiting my blog.
Daisypath Friendship tickers


Story About

Daisypath Happy Birthday tickers



Daisypath Graduation tickers

Open Cbox


This template was created by FaqihahHusni. Please inform me if I use your artwork but I did'nt mention your name. Thank You all for helping me :D Best view in Google Chrome only.